Mengapa rencana teknik menggunakan campuran skala kelvin dan Celsius Kelvin

Dalam kejuruteraan dan khususnya dalam sains, skala-skala Celsius dan kelvin sering digunakan dengan serentak dalam rencana yang sama, umpamanya "nilainya diukur ialah 0.01023 °C dengan ketidakpastian sebanyak 70 µK". Disebabkan perkataan "Celsius" merujuk kepada seluruh skala, dan simbol "°C" merujuk kepada satu senggatan yang tertentu dalam skala tersebut, nilai-nilai yang diberikan sebagai darjah Celsius lebih tepat dirujuk sebagai suatu suhu yang tertentu, umpamanya "takat lebur galium ialah 29.7646 °C". Dalam carta, nilai "25 °C" (suhu bilik) boleh mengelirukan jika ia sebenarnya bertujuan untuk mewakili sesuatu seperti toleransi.

Sebaliknya, simbol "K" digunakan secara betul dengan dua cara. Oleh sebab perkatan "kelvin" secara rasmi dirujuk sebagai unit ukuran individu — bukannya seluruh skala — ia adalah sesuai untuk memberikan perbezaan antara suhu-suhu dan ketidakpastiannya, umpamanya "Agar-agar menunjukkan histeresis takat lebur sebanyak 25 kelvin", dan "Kesilapannya 10 milikelvin"). Sudah tentu, kelvin juga digunakan untuk memberikan suhu-suhu tertentu pada sepanjang skala mutlaknya, umpamanya "Takat tigaan hidrogen ialah 13.8033 kelvin".

Dalam rencana-rencana saintifik dan teknik, Celsius tidak digunakan untuk memberikan perbezaan antara suhu-suhu atau ketidakpastiannya. Simbol ° (darjah) sebelum "C" mempunyai konotasi yang kuat bahawa nilai itu merujuk kepada sesuatu titik yang tertentu dalam skala Celsius — sesuatu suhu yang tertentu. Memperhatikan peringatan ini (bukan peraturan yang tegas dan ketat) akan mengelakkan sebarang kekeliruan. Peringatan ini tidak semestinya membabitkan rencana-rencana bukan teknik bagi orang ramai di mana kedua-dua kelvin dan simbol K tidak begitu difahami dan boleh mengelirukan.

Templat:Huruf kecil unit SI